CATATAN
PENGAMBARAAN- Bercuti ke Pulau Pinang
Setiap kali datang cuti sekolah, timbul dalam fikiran
kemana hendak pergi untuk merehatkan diri. Setelah sepanjang tahun
bekerja, tibalah waktu untuk merehatkan pemikiran dari tugasan rutin
yang menghambat waktu. Penulis terpanggil untuk menjadikan Pulau
Pinang sebagai destinasi percutian kali ini. Seperti mana insan lain,
apabila berbicara tentang percutian keluarga sudah tentu ada
persiapan dan perancangan. Sebenarnya, perjalanan dari Ipoh dan Pulau
Pinang bukanlah satu jarak yang jauh. Namun penulis hanya ingin pergi
awal untuk menikmati perjalanan waktu malam dari sini. Pada jam 8.30
malam, saya dan keluarga menelusuri Lebuhraya Utara Selatan dengan
pemanduan yang agak perlahan memandangkan cuaca hujan dan jalan yang
agak licin.
Setelah sejam perjalanan, kami berhenti di Hentian Rehat
Bukit Merah untuk berehat seketika, memandangkan hujan masih lagi
turun dengan lebat. Kami mengambil kesempatan untuk tidur dan pergi
ke bilik air kerana cuaca yang sejuk mengundang rasa mengantuk dan
ingin ke tandas. Setelah hilang rasa mengantuk, perjalanan diteruskan
hingga keluar melalui Tol Juru. Kami meneruskan perjalanan menghala
ke Seberang Jaya kerana destinasi yang ingin kami lawati adalah di
Penang Bird Park. Menurut penduduk di sini, tempat ini merupakan
satu-satunya destinasi pelancongan yang terdapat di Seberang
Jaya. Manakala destinasi pelancongan yang lain, terdapat di Pulau
Pinang (di kawasan pulau). Sebelum menikmati keindahan Taman Burung,
kami singgah di sebuah restoran yang dipanggil Restoran Makbul untuk
mengisi perut yang kosong.
Kami tiba di Taman Burung jam 8.45 pagi. Dari kejauhan telah terdengar kicauan burung-burung dan bunyi unggas rimba. Suasana seperti di dalam rimba. Tidak sabar rasanya untuk masuk ke dalam, namun papan tanda di luar telah tertulis taman ini dibuka pada jam 9.00 pagi membuatkan kami terpaksa menunggu dengan sabar. Taman ini dibuka kepada umum setiap hari pada pukul 9.00 pagi hingga jam 7.00 malam dengan bayaran yang berbeza ketika hari biasa dan cuti sekolah. Bayaran untuk orang dewasa adalah RM10.00 dan kanak-kanak RM5.00 bagi hari biasa dan akan berbeza pada cuti sekolah; dewasa RM15.00 dan kanak-kanak RM10.00, Menurut pekerja di bahagian kaunter masuk, bayaran juga berbeza untuk pelancong tempatan dan luar. Bagi pelancong yang membawa kamera, bayaran RM 1.00 akan dikenakan untuk setiap kamera dan satu tag akan diikatkan pada kamera tersebut menandakan bayaran telah dijelaskan.
Kami tiba di Taman Burung jam 8.45 pagi. Dari kejauhan telah terdengar kicauan burung-burung dan bunyi unggas rimba. Suasana seperti di dalam rimba. Tidak sabar rasanya untuk masuk ke dalam, namun papan tanda di luar telah tertulis taman ini dibuka pada jam 9.00 pagi membuatkan kami terpaksa menunggu dengan sabar. Taman ini dibuka kepada umum setiap hari pada pukul 9.00 pagi hingga jam 7.00 malam dengan bayaran yang berbeza ketika hari biasa dan cuti sekolah. Bayaran untuk orang dewasa adalah RM10.00 dan kanak-kanak RM5.00 bagi hari biasa dan akan berbeza pada cuti sekolah; dewasa RM15.00 dan kanak-kanak RM10.00, Menurut pekerja di bahagian kaunter masuk, bayaran juga berbeza untuk pelancong tempatan dan luar. Bagi pelancong yang membawa kamera, bayaran RM 1.00 akan dikenakan untuk setiap kamera dan satu tag akan diikatkan pada kamera tersebut menandakan bayaran telah dijelaskan.
Kami diberitahu oleh pekerja di situ laluan masuk, tandas dan laluan keluar di taman ini. Melangkah masuk ke taman ini sudah disajikan dengan burung yang paling besar di Malaysia iaitu Emu atau Burung Kasawari. Saya dan suami mengabadikan gambar melalui lensa kamera yang dibawa. Burung Unta datang menghampiri kami seolah-olah tahu dan mengalu-alukan kehadiran kami. Semasa kami melangkah masuk, masih tidak ramai lagi pelancong yang datang. Ini memudahkan kami mengambil gambar-gambar di situ. Kami mengambil flyers di taman ini untuk mendapatkan maklumat. Menerusi maklumat yang diperolehi, taman ini merupakan Taman Burung Paling Besar di Malaysia dengan keluasan 5 ekar dan mempunyai bilangan spesis burung yang mencecah angka 300 spesis dari seluruh dunia.
Burung-burung yang ditempatkan di sini antaranya seperti, Hornbill, White-Bellied, Sea Eagle, Kuaw Lady Amherst(dari Tibet dan China), Tiong Dada Emas (dari Jepun dan Papua New Guinea), Burung Emu(dari Australia), Kuang Mexico (dari Mexico), Bayan Biru (dari Afrika, India, Sri Lanka), Kenari Matahari(dari Brazil), Nuri Pelangi(Australia dan Indonesia) dan banyak lagi., Selain itu, taman ini juga menempatkan beberapa spesis itik(Itik Mandarin), pelanduk, buaya tembaga, ular sawa batik dan kancil. Suasana pagi yang cerah dan agak dingin membuat kami leka menikmati keindahan burung dan bunyi-bunyian yang unik. Kami seronok melihat itik yang berenang-renang di dalam tasik buatan di taman ini.
Ketika leka melihat burung-burung yang berwarna-warni, sudah ada pengunjung yang hadir pada pagi ini. Jam pada waktu ini sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi. Kami diberitahu ada pertunjukkan burung pada jam 11.30 pagi oleh pekerja terlatih di situ. Pertunjukkan ini hanya mengambil masa setengah jam sahaja. Kami turut diberi cenderahati oleh pihak taman atas kehadiran ke sini. Terdapat juga kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan seperti t shirt, pemegang kunci dan lain-lain untuk dibawa pulang. Setelah keluar dari Taman Burung kami melihat jam masih awal dan bercadang untuk pergi ke destinasi yang lain.
Setelah puas berada di tepi pantai, kami bergerak ke Masjid Terapung Pulau Pinang untuk solat dan menikmati pemandangan di situ yang tidak kurang juga hebatnya. Setelah hari beransur petang kami bergerak pula ke Padang Kota Lama. Padang Kota Lama atau Fort Cornwallis merupakan sebuah kota yang digunakan oleh Portugis untuk menentang musuhnya. Tempat tinggalan sejarah ini turut dijadikan produk pelancongan negeri Pulau Pinang. Jika pergi ke sini tidak sah jika tidak menjamah Rojak Pasembor dan jeruk yang enak. Ini merupakan makanan yang sangat terkenal di Padang Kota Lama. Pelbagai jenis jeruk dan aneka juadah yang tersedia untuk dibeli oleh pengunjung. Ianya dijual di sepanjang jalan Kota Lama. Saya juga teruja melihat pelancong luar yang sanggup berpanas memancing di tepi laut. Mungkin bagi mereka memancing adalah hobi yang tidak boleh dipisahkan waktu bercuti. Dari jauh dapat dilihat pelabuhan Pulau Pinang yang sibuk dengan deretan kapal-kapal besar dan bot. Kami turut mengabadikan gambar tersebut di kamera.
Setelah petang, kami pulang dengan menggunakan jambatan Pulau Pinang. Pemandangan di sini juga sangat cantik. Jarak 15km di atas jambatan dirasakan sangat cepat dan kami sudah berada di Seberang Jaya untuk pulang ke Ipoh. Perjalanan berjalan lancar dan cuaca yang cerah memudahkan agenda kami. Alhamdulillah kami bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memelihara dan memudahkan perjalanan ini. Perjalanan ini telah sampai ke destinasinya (pulang), namun kami berasa sangat seronok kerana dapat meluangkan masa berharga bersama-sama keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan